Usahawan Idola Mohd Hanif Bin Abu Hassan ( SX110284CRS04)

Profil Usahawan Pilihan

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman

Pengasas D’Herbs Healthy
Alamat
:
No.53 Jalan Putra Permai 1A, Taman Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Tel
:
03-8949 9857
:
0111-999 0606
E-mel
:
onlinedherbs@gmail.com
Laman Web
:
www.deherbs.com.my &www.facebook.com/DherbsHealthySdnBhd




Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg.Besar, Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.


PERTUBUHAN AWAL SYARIKAT
D'Herbs Healthy Marketing ditubuhkan pada September 2010 dimana kami hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini Kami mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.
Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke seluruh dunia.


PROMOSI & PENGIKLANAN:

Kami telah mengiklankan produk D'Herbs di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan kami telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kerana kami. Kami juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan D'Herbs juga telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang disiarkan di Astro dan TV3!

PERKEMBANGAN TAHUN 2012 - 2015
Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana kami telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan kami telah mengembangkan perniagaan kami dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.
Kami juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.
D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan kami juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.

Contoh Produk
Coffee Arjuna Maxx 5 in 1 adalah minuman khusus untuk lelaki bagi membantu kesihatan dalaman dan luaran untuk kekal awet muda dan aktif. Ia boleh diambil pada bila-bila masa. Untuk kesan berganda gunakan bersama Jus Arjuna Maxx.
  • Membantu kesihatan dalaman dan luaran untuk kekal awet muda dan
    aktif.
  • Menguatkan tenaga
  • Membantu melancarkan pengaliran darah
  • Menambah bilangan darah
  • Menguatkan badan
  • Memulihkan tenaga
  • Membantu merangsangkan sistem immuniti untuk menghasilkan reaksi nyata bagi melawan sel-sel kanser
  • Meningkatkan sistem peredaran dan metabolisma badan serta bertindak sebagai anti-oxidant.

Sumber:  http://www.deherbs.com.my/

No comments:

Post a Comment